Friday, May 25, 2012

Survival Apabila Facebook Telah Tiada

Assalamualaikum dan salam sejahtera daripada pokliekayo,

Tidak dinafikan, Facebook semakin mendapat tempat di hati kebanyakan orang, terutama rakyat Malaysia.
Mengikut statistik yang dikeluarkan oleh sebuah laman web dan semasa artikel ini ditulis, Malaysia menduduki
tangga ke-17 pengguna Facebook paling terbanyak.


 Namun mari kita menyusuri kembali sejarah lampau. Banyak laman sosial seperti MySpace, Friendster dan lain-lain akhirnya ditinggalkan sedikit demi sedikit oleh penggunanya. Begitu juga dengan Facebook, kita juga tidak tahu apa yang akan berlaku pada satu hari nanti.

Atas kesedaran itu, kita perlu fikirkan strategi agar kita dapat meneruskan perniagaan kita walaupun Facebook tidak lagi menjadi satu tempat singgahan ramai.


Salah satu strategi itu adalah "email marketing".


 Melalui kaedah pemasaran emel itu, kita tidak perlukan sebuah laman web yang canggih, sebaliknya
kita hanya menggunakan sebuah sistem pengurusan emel pelanggan yang dipanggil sebagai "autoresponder".

Dengan sistem autoresponder, kita boleh menyimpan sekurang-kurangnya nama dan emel prospek (bakal pembeli) dan juga pelanggan sedia ada. Contoh autoresponder yang banyak digunakan oleh usahawan online adalah seperti TrafficWave.net, Aweber.com dan Getresponse.com.

Dengan menggunakan autoresponder, kita dapat menghubungi ribuan pelanggan dan prospek pada bila-bila
masa sahaja yang kita mahu dengan hanya sekali klik sahaja.

Buka (login) sistem autoresponder, tulis emel dan klik "send". Begitu mudah tanpa kita perlu hantar emel satu persatu kepada setiap pelanggan.



 Walaupun dikatakan Facebook itu hebat, namun ia bukan milik kita. Jadi kita perlu usahakan sesuatu
seperti menyimpan maklumat pelanggan pada satu tempat yang selamat dan mudah digunakan pada bila-bila masa.

Walaupun dikatakan pengguna internet pada masa ini lebih kerap melayari Facebook, namun mereka tetap memerlukan emel untuk urusan pendaftaran Facebook, urusan kerja dan juga urusan peribadi.

Emel adalah satu-satunya teknologi yang akan terus kekal dalam tempoh masa yang lebih panjang. Jadi menggunakan autoresponder untuk memanjangkan hayat bisnes kita adalah satu pilihan yang tepat.

Sebagai usahawan, aset bisnes adalah sangat penting. Aset adalah satu pelaburan yang dijamin keuntungannya dalam bisnes. Untuk belajar dan fahami tentang pembinaan aset iaitu strategi pemasaran emel ini, antara panduan yang berada di pasaran pada hari ini seperti yang dipaparkan di laman web berikut :

                                               http://www.inboxcash.my/hop. php?ref=dpli

  
Facebook Page dan Autoresponder

Apabila kita menggabungkan dua teknologi ini bersama-sama, bisnes yang kita lakukan akan menjadi semakin hebat, terurus dan ada jaminan masa hadapan. Ini kerana, kita simpan maklumat pengguna dan prospek dengan baik dan mereka dapat dihubungi pada bila-bila masa sahaja.


 Dengan menggunakan Facebook Page, kita boleh menambah aplikasi iFrame. kita boleh menggunakan
fungsi Search di Facebook dan taip "iFrame". Ia akan menyenaraikan aplikasi-aplikasi iFrame yang boleh
dimasukkan ke Facebook Page.

Dengan aplikasi itu, kita boleh meletak laman web yang ringkas di mana para fans boleh memasukkan nama dan alamat emel mereka dalam borang yang sediakan di situ. Laman web itu biasanya dipanggil sebagai Squeeze Page.

Hubungi mana-mana individu yang menyediakan servis rekabentuk laman squeeze page jika kita tiada
kemahiran mengenainya. Selain itu, boleh juga dapatkan mana-mana panduan yang ada di internet untuk memasukkan laman web ke Facebook melalui aplikasi iFrame tadi.

Gunakan google.com untuk mencari panduan berkaitan, atau pun boleh bertanya mana-mana rakan-rakan
usahawan online yang dikenali, termasuk bertanya di group-group perniagaan yang anda sertai.



 Penulis asal : Razif Yusof

Razif Yusof adalah usahawan Internet sepenuh masa. Beliau memulakan perniagaan melalui Internet sejak
tahun 2008, dengan memfokus kepada bidang pemasaran affiliate dan pemasaran facebook. Beliau turut aktif berkongsi ilmu dan pengalaman di komuniti Facebook. Laman web beliau di BisnesAffiliate.com dan
PemasaranFB.com

No comments:

Post a Comment